Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di EAIC sebagaimana berikut:-
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Nama Majikan : Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
- Penempatan : Putrajaya
- Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2022 (Jumaat)
JAWATAN
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun dari pautan yang telah disediakan dibawah.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terbaharu, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, sijil-sijil, surat beranak dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada alamat seperti dibawah.
- Borang permohonan yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
ARAS 5, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18 PERSIARAN PERDANA
PRESINT 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)