Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Permohonan Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - Kelayakan SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong MQA sebagaimana berikut:-

jawatan kosong mqa jun 2022

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Penempatan : Rujuk Lampiran Dibawah
  • Kelayakan : SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 27 Jun 2022 (Isnin)

JAWATAN

  1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44
  2. Pegawai Tadbir Gred N41
  3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
  4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  5. Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Post a Comment for "Permohonan Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - Kelayakan SPM/Diploma/Ijazah"