Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mudah Membuat Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

 Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).

semak kwsp

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohonan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan?

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

  1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik butang ‘Semakan Status
  3. Isi maklumat anda (sekiranya diminta)
  4. Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK
  5. Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
  6. Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
  7. Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Melalui Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pertama bermula 20 April 2022 ini.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

JUMLAH PENGELUARAN

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

AKAUN YANG DIKELUARKAN

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1. 

Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di  https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Post a Comment for "Cara Mudah Membuat Semakan Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000"