Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Mohon & Semakan Status Pengeluaran KWSP Secara One-Off RM10,000

 Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan.

pengeluran kwsp rm10000

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Kelulusan permohonan akan dimaklumkan pada 9 April 2022 dan pembayaran akan dikreditkan bermula 20 April 2022.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ atau memlalui aplikasi mudah alih i-Akaun yang akan dibuka bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022.

Ikuti langkah dibawah untuk membuat permohonan pengeluaran khas KWSP
  1. Layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Klik Mohon Sekarang.
  3. Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
  4. Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  5. Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
  6. Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
  7. Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
  8. Klik Teruskan.
  9. Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
  10. Tekan Hantar. Selesai!


SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:
  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun.
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

KAEDAH PEMBAYARAN DAN JUMLAH PENGELUARAN

Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja

Amaun pengeluaran:
  1. Minimum: RM50
  2. Maksimum: RM10,000
  3. Amaun pengeluaran minimum RM50 dan Maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan.
  4. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya dalam RM100 dalam akaun 1
  5. Pembayaran dibuat dalam satu bayaran sahaja (single payment) bermula 20 April 2022.
  6. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan
  7. Bayaran pengeluaran khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

I-AKAUN KWSP

Ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan permohonan dan semakan baki.

Pastikan:
  1. Nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP
  2. Baki simpanan KWSP disemak
  3. Nombor akaun bank adalah aktik (simpanan atau semasa)
  4. Akaun di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut boleh melayari Facebook rasmi KWSP di  https://www.facebook.com/KWSPMalaysia atau layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

Post a Comment for "Cara Mohon & Semakan Status Pengeluaran KWSP Secara One-Off RM10,000 "