Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pembayaran BKM Fasa 1 Pada 20 Hingga 31 Mac 2022

 Pembayaran BKM dijangkakan akan bermula pada 20 hingga 31 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

BKM FASA 1 TARIKH

Jadual Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Pembayaran BKM akan terbahagi kepada 4 fasa dan berikut adalah maklumat dan jadual pembayaran tersebut:

Fasa 1

  • Dijangkakan 20 hingga 31 Mac 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 2

  • Jun 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

Fasa 3

  • September 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
  • Bujang

Fasa 4

  • Disember 2022
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM

Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Layari Laman Web BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN / PENGEMASKINIAN BKM

Untuk pengetahuan anda, mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, dimaklumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam setahun.

Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa tarikh pembayaran jatuh pada 15 Mac 2022, namun sehingga kini pembayaran masih belum dilakukan. Rakyat tertunggu-tunggu bilakah tarikh pengeluaran yang sebenar.

Jangkaan kami pembayaran akan dilakukan selewat-lewatnya pada 20 hingga 31 Mac ini. Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Post a Comment for "Pembayaran BKM Fasa 1 Pada 20 Hingga 31 Mac 2022"