Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh | Kelayakan PMR/PT3/SPM/Diploma

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Temerloh sebagaimana berikut:-

MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Temerloh
  • Penempatan : Negeri Pahang Darul Makmur
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 08 April 2022 (Jumaat)

JAWATAN

  1. Penolong Jurutera Awam Gred JA29
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  4. Pembantu Operasi Gred N11
  5. Pembantu Awam Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma melalui pautan yang telah disediakan dibawah
  • Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama Salinan dokumen yang telah disahkan
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada alamat seperti dibawah

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Temerloh
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia&Organisasi
Aras 6 Kompleks Pejabat  Plaza Temerloh
Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh Pahang

Post a Comment for "Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh | Kelayakan PMR/PT3/SPM/Diploma"