Permohonan Jawatan Kosong LKIM - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sebagaimana berikut:-

jawatan kosong kerajaan kerjakini

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Penempatan : Pelbagai Negeri
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 03 Disember 2021 (Jumaat)

JAWATAN

1. Jurutera Gred J41
2. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
3. Akauntan Gred W41
4. Penolong Juruaudit Gred W29
5. Penolong Jurutera Gred JA29
6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
7. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
8. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
10. Pembantu Juruaudit Gred W19
11. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E19
12. Juruteknik Komputer Gred FT19
13. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
14. Pembantu Akauntan Gred W19
15. Pengawai Keselamatan Gred KP11
16. Pembantu Operasi Gred N11
17. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comment... add one now