Jadual Pembayaran BKC Fasa 2 Mengikut Kategori | Semak Kelayakan & Jumlah Pembayaran

 Umum maklum, menerusi pelaksanaan Bantuan Khas Covid-19 dibawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (BKC PEMULIH), kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

BKC FASA 2

Justeru itu, inisiatif ini menetapkan 3 matlamat utama iaitu:

  1. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  2. Menyokong Perniagaan
  3. Meningkatkan Vaksinasi

Pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

Bayaran BKC Fasa 1 juga telah disalurkan bermula pada 6 September lalu. Manakala, bayaran fasa 2 dan fasa 3 akan disalurkan pada bulan November dan Disember 2021.

KELAYAKAN PENERIMA

Penerima yang akan menerima BKC adalah berdasarkan kelayakan berikut iaitu:

i) Miskin tegar dan B40

  • Isu rumah atau warga emas: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

ii) M40

  • Isi rumah: Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000.
  • Bujang: Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000.

JUMLAH BAYARAN

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:

 1. Miskin Tegar

  • Isi Rumah – RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara – RM300
  • Bujang – RM300

2. B40

  • Isi Rumah – RM300

JADUAL PEMBAYARAN

Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah mengikut fasa seperti berikut:

SEMAKAN STATUS BKC

Lihat cara dibawah untuk semakan status BKC:

  1. Buka laman web rasmi ini https://bkc.hasil.gov.my/
  2. Sila Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan (Sama seperti akaun BPR anda)
  3. Rujuk pada bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran anda

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan BKC PEMULIH, penerima yang layak boleh layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/ ATAU, menerusi portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

0 comment... add one now