Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) - Bantuan Tunai RM2,000

 Belanjawan / Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengandungi intipati, strategi dan dasar kerajaan dalam mengemudi ekonomi negara ke arah pemulihan.

Bajet kali ini mendukung konsep Keluarga Malaysia sebagai tonggak utama, mengambil kira input rakyat dari segenap lapisan, memastikan tiada golongan yang tertinggal, termasuk golongan rentan dan B40.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperkenal dan bantuan tunai ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.

Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:

KATEGORI 1

  • Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
  • Lebih 3 anak
  • Bantuan RM2000
BKM

KATEGORI 2

  • Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
  • 1-2 anak : Bantuan RM1500
  • Tiada anak: RM1,000
BANTUAN KELUARGA

KATEGORI 3

  • Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
  • Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
  • Bantuan RM500
KATEGORI 3 BKM

KATEGORI 4

  • Bantuan RM300 untuk warga emas
KATEGORI 4 BKM

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk bantuan RM2,000 ini pendapatan isi rumah mestilah bawah RM2,500 sebulan.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut tentang pembentangan bajet 2022 boleh dilayari di laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut:

https://budget.mof.gov.my/ms/

0 comment... add one now