Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Bermula 6 September

 Bagi tujuan meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang kan mula diagihkan bermula pada bulan September ini.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri memaklumkan proses pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, beliau mengatakan bahawa Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyegerakan pembayaran BKC itu yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya.

BAYARAN BKC

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40, dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Bagi pembayaran Fasa 1 ini, di bawah kategori miskin tegar dan B40, isi rumah akan mendapat sebanyak RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang pula RM200.

Isi rumah bagi M40 pula akan mendapat sebanyak RM250 dan warga emas sebatang kara dan bujang akan mendapat sebanyak RM100.

Penerima Miskin Tegar

  • Isi Rumah: RM1,300
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM500
  • Bujang: RM500

Penerima B40

  • Isi Rumah: RM800
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM200
  • Bujang: RM200

Penerima M40

  • Isi Rumah: RM250
  • Warga Emas Sebatang Kara: RM100
  • Bujang: RM100

Jadual Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Di bawah ini merupakan jadual bagi kelayakan penerima dan fasa pembayaran BKC.

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Untuk makluman, permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana kelayakan penerima akan ditentukan berdasarkan data sedia ada. 

Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021

Golongan M40: Percukaian (LHDNM)

KAEDAH PEMBAYARAN

Kesemua para penerima yang layak akan dibayar melalui nombor akaun yang didaftarkan:

Miskin Tegar & B40: Akaun Bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

Golongan M40: Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, segala maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.

0 comment... add one now