Cara Membuat Semakan & Tarikh Bayaran i-Citra KWSP September 2021

 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan tarikh bayaran i-Citra bulan September 2021 melalui laman sosial Facebook KWSP.

TARIKH BAYARAN ICITRA

Pembayaran akan dibuat mulai 1 September dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan (bergantung kepada baki dalam akaun masing-masing).

Tahukah anda bagaimana cara untuk membuat semakan status dan melihat jadual pembayaran yang ditetapkan?

Jom kami kongsikan caranya di bawah.

CARA SEMAKAN STATUS LULUS i-CITRA KWSP

Untuk membuat semakan status i-Citra, pemohon boleh menggunakan 2 kaedah semakan online iaitu:

MELALUI LAMAN WEB I-CITRA KWSP

Rujuk cara membuat semakan seperti berikut:
  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.

MELALUI LAMAN WEB I-AKAUN KWSP

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud LULUS.

iakaun kwsp

Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun
Untuk memudahkan semakan TARIKH BAYARAN i-Citra anda, sila semak login terus ke aplikasi i-Akaun KWSP anda.

Rujuk cara semakan seperti di bawah:
  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  4. Tarikh pengeluaran pertama akan dipaparkan seperti di bawah.

MAKLUMAT LANJUT


0 comment... add one now