Bantuan Khas Taska Sebanyak RM3,000 Secara One-Off

 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun memaklumkan,  kerajaan telah memperuntukkan sebanyak  RM13.2 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,400 pengusaha taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

bantuan khas taska rm3000

Justeru itu, semua pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar digesa agar memohon Bantuan Khas Taska di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebelum 31 Ogos ini.

“Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban pengurusan taska dan membantu proses pengoperasian mereka seperti menanggung kos disinfeksi taska atau barang-barang keperluan yang lain bagi memastikan taska dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang terkini”

Namun, hanya 1,101 pengusaha taska sahaja yang telah memohon bantuan one-off sebanyak RM3,000 bagi taska insititusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti, manakala RM800 untuk pengusaha taska di rumah.

Tambahnya lagi, proses permohonan bantuan ini tidak mengambil masa yang lama kerana pengusaha taska hanya perlu menyediakan dokumen asas untuk memohon.

0 comment... add one now