Semakan Program Prihatin Kasih - Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

 Bermulai Julai 2021, individu / keluarga yang tersenarai dalam bantuan Program PRIHATIN Kasih akan menerima RM100 sebulan bagi tempoh 3 bulan bagi membeli keperluan barang dapur.

Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.

bantuan kasih

Di sini dikongsikan lebih lanjut tentang Program Prihatin Kasih dan bagaimana anda boleh membuat semakan serta menerima bayaran jika tersenarai sebagai penerima bantuan ini.

APAKAH PROGRAM PRIHATIN KASIH?

Program Prihatin Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀ ⠀

Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.⠀ ⠀

KADAR BANTUAN YANG DITERIMA

Elaun bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM 100 setiap bulan melalui akaun MyKad mereka untuk tempoh keseluruhan tiga (3) bulan.

CARA PENERIMAAN BANTUAN / PENGGUNAAN CASHLESS RM100

Penerima PRIHATIN Kasih boleh menggunakan elaun bantuan makanan di kedai runcit yang mengambil bahagian antara 1 Julai 2021 dan 31 Disember 2021.

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

TARIKH BANTUAN DITERIMA

BULAN                    BAYARAN

1 Julai 2021               RM100

1 Ogos 2021               RM100

1 September 2021       RM100

JUMLAH               RM300

CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Anda juga boleh membuat semakan secara online melalui laman web berikut:

http://www.mykasih.com.my/site/

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

ATAU

Sila hubungi MyKasih Foundation melalui emel info@mykasih.com dan sila beri maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon.

0 comment... add one now