i-Sinar Julai - Pembayaran i-Sinar KWSP Bermula 1 Julai 2021

 i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

isinar julai 2021

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.

Jadual Pembayaran i-Sinar Julai 2021

Pembayaran i-Sinar untuk bulan Julai dijangkakan akan bermula pada 1 Julai nanti. Tetapi pihak KWSP telah mengawalkan tarikh bayaran dengan menukarkan pada i-Akaun masing-masing.

Oleh itu, pembayaran telah diawalkan bermula 1 Julai 2021. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat.

Penerima kumpulan/batch pertama akan menerima wang bermula 1 Julai dan diikuti oleh batch yang seterusnya.

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 1/7/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar Jun pada 1/6/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 2/7/2021 maka penerima pada 2/6/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 3/7/2021 maka penerima pada 3/6/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

0 comment... add one now