Permohonan Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

 Kerajaan telah mengumumkan pakej bantuan moratorium automatik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam individu tanpa syarat di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

MORATORIUM PINJAMAN

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata kemudahan itu juga ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan bank.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang moratorium automatik PEMULIH ini.

APAKAH MORATORIUM AUTOMATIK PEMULIH?

Menurut Perdana Menteri, moratorium automatik di bawah Program PEMULIH ini tiada lagi syarat dikenakan seperti pengurangan pendapatan.

Malah, tiada semakan akan dilakukan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Proses ini telah dipermudahkan bagi memastikan kesemua golongan dapat diberi bantuan yang sewajarnya dalam tempoh pandemik ini.

CARA PERMOHONAN MORATORIUM PEMULIH

Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Setiap bank boleh dihubungi untuk memudahcara peminjam memohon moratorium automatik.

Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM

Tarikh permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan dibuka mulai 7 Julai 2021.

Lain-lain Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

  • Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima biasiswa persekutuan sehingga enam bulan serta menangguhkan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
  • PTPTN bersetuju memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjamnya.
  • Kerajaan juga bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

1 comment... add one now

Unknown Unknown 30 June 2021 at 22:15
Untuk peminjam bank swasta xda ka.. capital bank toyota..