Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM1,000 Sebulan

Sebentar tadi Perdana Menteri ada mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk membantu dan meringankan kesusahan rakyat.

I-CITRA KWSP

KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Kami kongsikan kepada anda maklumat terperinci bantuan PEMULIH ini.

SYARAT PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit.

Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021

TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA KWSP

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

0 comment... add one now