Bayaran i-Sinar Mei 2021 Diawalkan - Cara Buat Semakan

Seperti semua sedia maklum, tarikh bayaran i-Sinar telahpun dibuat pada Mac lalu malah bayaran dibuat lebih awal daripada yang dijangkakan.

isinar mei

Namun, ramai pemohon mengharapkan bayaran bagi Mei 2021 diterima sebelum sambutan Aidilfitri. Berikut merupakan maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Mei 2021 dan cara membuat semakan.

Tarikh bayaran i-Sinar Mei 2021

Pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah seperti berikut:

  • Ahli yang menerima bayaran pada 1 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Mei 2021
  • Ahli yang menerima bayaran pada 2 April sebelum ini akan menerima  bayaran pada 4 Mei 2021

Permohonan baharu & Pindaan Amaun

Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih belum membuat permohonan pengeluaran i-Sinar anda masih berpeluang untuk membuat permohonan baharu sehingga 30 Jun ini.

Bagi pemohon yang telah berjaya membuat permohonan dan telah menerima bayaran sebelum ini, anda masih boleh membuat pindaan amaun jika tidak berpuas hati dengan amaun pengeluaran sebelum ini.

0 comment... add one now