Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 : Senarai Bantuan & Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 : Senarai Bantuan

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) bernilai RM405 juta telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Jumaat, 28 May 2021.

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG

Berikut adalah ringkasan inisiatif yang disalurkan melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0:

BANTUAN TUNAI

Insentif Ketua Isi Rumah(KIR)B40  sebanyak RM250 Sebulan (6 bulan) bermula 31 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021

Individu Bujang sebanyak RM500 secara one-off bermula 31 Ogos 2021.

Senarai penerima yang layak adalah berdasarkan data sedia ada BKSS B40 sebelum ini,senarai penerima BPR 2021.

CARA PEMBAYARAN BKSS 6.0

Melalui akaun bank penerima masing-masing.Jika tidak mempunyai akaun bank,penerima boleh menerima tunai di Bank Simpanan Nasional(BSN)

Insentif Pengamal Media (pembayaran tunai sebanyak RM1500 secara one-off)

Geran Penjaja & Peniaga Kecil ( sebanyak RM1500 yang berdaftar dengan kerajaan tempatan RM750 (Julai)/RM750 (Disember) melalui SarawakPay.

Insentif Pemilik dan Pengendali Penambang secara one-off sebanyak RM500.

15 LANGKAH BANTUAN BKSS 6.0

15 langkah berkenaan merangkumi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam langkah pemberian diskaun.

Antara sembilan langkah yang pertama insentif untuk ketua isi rumah dan individu bujang B40 berumur 21  tahun ke atas.

Setiap Ketua Isi Rumah B40 Sarawak akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan mulai 31 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Manakala individu Bujang B40 Sarawak yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off atau sekali sahaja mulai 31 Ogos 2021.

Senarai penerima bantuan adalah berdasarkan pada semua data penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Pembayaran BKSS 6.0  akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing atau yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut dari mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Langkah ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM970 juta dan akan memberi manfaat kepada lebih dari 1.0 juta penerima.

Antara langkah lain termasuk elaun bulanan khas petugas barisan hadapan yang menangani pandemik COVID-19, dimana Kerajaan Sarawak akan membelanjakan lebih daripada RM27 juta untuk membayar Elaun Bulanan Khas ini.

SENARAI BKSS 6.0:ELAUN BULANAN KHAS (Barisan Petugas Hadapan)

Bayaran Elaun Bulanan Khas selama 6 bulan:

  • Elaun Bulanan Khas Anggota Kesihatan(Doktor perubatan,Jururawat,kakitangan perubatan di hospital,klinik & pusat kuarantin) sebanyak RM300 sebulan selama 6 bulan di seluruh Sarawak.
  • Elaun Bulanan Khas Imigresen RM250
  • Elaun Bulanan Khas PDRM & Bilik Gerakan Negeri  RM200
  • Elaun Bulanan Khas ATM yang menjaga sempadan dan membantu menjaga ketenteram awam RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota RELA RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota KASTAM  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota BOMBA & PENYELAMAT(kecemasan dan kerja sanitasi)  RM200
  • Elaun Bulanan Khas Anggota APM(yang membantu PDRM & ATM)   RM200

Bagi insentif kepada pengamal media barisan hadapan, kerajaan Sarawak menyediakan pembayaran tunai sebanyak RM1,500 secara one-off atau sekali bayar kepada pengamal media barisan hadapan.

Geran kepada penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui Sarawak Pay, Kerajaan Sarawak akan memberi Geran Khas berjumlah RM1,500 kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang akan dibayar secara 2 peringkat iaitu RM750 pada bulan Julai dan RM750 pada bulan Disember 2021 melalui Sarawak Pay.

Sementara insentif untuk pemilik dan pengendali penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dengan, bantuan tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 akan diberi kepada pemilik dan pengendali penambang berdaftar di Sarawak.

INSENTIF BKSS 6.0 PENGENDALI VAN PENUMPANG/PEMANDU TEKSI/PENGENDALI BAS/VAN SEKOLAH 

Langkah insentif untuk pengendali van penumpang, pemandu teksi, pengendali bas dan van sekolah berdaftar ia menyediakan bantuan kewangan secara one-off iaitu sekali sebanyak RM600 kepada 960 pengendali van penumpang, 1,980 pemandu teksi dan 740 pengendali bas dan van sekolah yang berdaftar di Sarawak

INSENTIF BKSS 6.0 PEMANDU E-HAILING & TENAGAA PENGAJAR MEMANDU

Langkah bantuan kewangan kepada pemandu e-hailing dan tenaga pengajar memandu ia melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off atau sekali kepada pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) dan pengajar sekolah memandu. Pembayaran akan dibuat melalui aplikasi Sarawak Pay.

Langkah bantuan khas kepada agensi pelancongan berlesen, operator homestay berlesen, pemandu kenderaan pelancongan berlesen, pemandu pelancongan dan pemandu pelancongan taman negara berlesen, beliau berkata pemberian Geran Khas ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.63 juta.

Manakala bagi langkah pemberian secara diskaun termasuk diskaun bil elektrik ia melibatkan diskaun 5 peratus sehingga 25 peratus ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan untuk bulan Julai hingga Disember 2021.

Bil air, diskaun 10 peratus hingga 25 peratus ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri akan diteruskan mulai Julai hingga Disember 2021.

Untuk diskaun taksiran kadar cukai pintu melibatkan diskaun 25 peratus untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30 peratus untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2021.

Mengenai diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai ia akan diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2021 dan bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT.

Untuk diskaun 50 peratus sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak, langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak, katanya.

Beliau berkata pengecualian bayaran dewa kepada pengusaha kecil dan sederhana yang beroperasi di premis perniagaan milik badan berkanun dan syarikat GLC negeri  ia melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta kepada Kerajaan Sarawak

Langkah seterusnya adalah penyediaan bakul makanan kepada isi rumah yang terjejas semasa PKP.

Peruntukan sebanyak RM250,000 akan diagihkan mengikut kawasan DUN masing-masing yang akan diuruskan oleh agensi Kerajaan Sarawak.

Kerajaan Sarawak akan membelanjakan RM25.5 juta bagi melaksanakan langkah ini termasuk kos pengangkutan.

0 comment... add one now