Permohonan Program Perantisan PERKESO Pemerkasa - Insentif Perantis Baru RM800

Belia yang tidak mempunyai pekerjaan disarankan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).



Untuk makluman, Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dibawah PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Program Perantisan PERKSEO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.



INSENTIF & TARIKH PERMOHONAN

Butiran insentif dan tarikh permohonan mengikut program adalah seperti berikut:


SYARAT PERMOHONAN

Untuk para majikan, syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 18–30 tahun.
  2. Majikan boleh menggajikan mana–mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Untuk perantis pula, syarat permohonan adalah seperti berikut:
  1. Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  2. Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

SYARAT KELAYAKAN

Selain syarat permohonan, majikan juga perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:
  1. Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  2. Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  3. Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

TIDAK LAYAK MEMOHON

Namun, mereka yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:
  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia

CARA MEMOHON

Untuk memohon, majikan perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
  1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.
  2. Buat permohonan insentif di laman sesawang https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Untuk perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email perkeso@perkeso.gov.my.

0 comment... add one now