Permohonan Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sebagaimana berikut:-


jawatan kosong suruhanjaya integriti

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
  • Penempatan : Putrajaya
  • Kelayakan : SPM/SVM
  • Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mac 2021 (Isnin)

JAWATAN

1. Juruteknik Komputer Gred FT19

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan jawatan EAIC yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Setiap permohonan hendaklah hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dikemukakan kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Setiausaha
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Aras 5, Bangunan Menara Usahawan
No.18 Persiaran Perdana
Presint 2, 62652 Putrajaya

0 comment... add one now