Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - Pelbagai Kekosongan Jawatan Ditawarkan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di MyIPO sebagaimana berikut:-



MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
  • Penempatan : Kuala Lumpur
  • Kelayakan : Diploma & Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 02 April 2021 (Jumaat)

JAWATAN

1. Pegawai Sistem Maklumat
2. Pegawai Pemeriksa Paten
3. Penolong Pegawai Harta Intelek
4. Setiausaha Pejabat

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini. 
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 2 April 2021 kepada alamat seperti berikut.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

0 comment... add one now