Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Kelayakan PMR & SPM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di MARA sebagaimana berikut:-


jawatan kosong mara

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Penempatan : Negeri Sabah
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM
  • Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mac 2021 (Isnin)

JAWATAN : 

1. Pembantu Tadbir Gred N19
2. Pembantu Operasi Gred N11
3. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar keterangan peribadi (Resume & Gambar Ukuran ukuran Pasport) kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pengarah,
MARA Negeri Sabah
Blok J Ruang Singgah Mata 4,
Asia City, Peti Surat 11040
88609 Kota Kinabalu
Tel : 088-211011 / 088-211012

0 comment... add one now