Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 (Tarikh)

Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. 

Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda akan menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP atau anda perlu buat pengemaskinian maklumat akaun di portal i-Lestari. Pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan Februari 2021 dijangka dikreditkan ke akaun bank bermula pada 2 Februari 2021 secara berperingkat.

jadual pembayaran i-lestari kwsp

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Jadual bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 termasuk tarikh bayaran dan semakan status:

Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 2 Februari 2021 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.


Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Semakan Status i-Lestari KWSP Online

  1. Layari Portal Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php.
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "SEMAK".

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my/ atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Post a Comment for "Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Februari 2021"