Semakan Status & Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021

Semakan Status dan Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2 akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

tarikh bayaran bpn 2021

Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

Untuk makluman, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November 2020 lalu.

Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Manakala bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

Cara Semakan BPN 2.0 Fasa Kedua

Semakan kelulusan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.

Sila ikuti langkah beirkut untuk membuat semakan:

  1. Layari laman web BPN di bpn.hasil.gov.my.
  2. Masukkan nombor IC anda
  3. Isi kod captcha yang diminta
  4. Maklumat pembayaran BPN 2.0 akan dipaparkan

Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2

Jumlah bayarn BPN 2.0 yang akan diterima adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan seperti dalam jadual di bawah berikut:

jumlah bayaran bpn 2021

Permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibayar secara sekaligus.

Bagi yang tidak layak menerima BPN 2.0, dicadangkan untuk memohon GKP 2.0.

Tempoh rayuan GKP 2.0 kini dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020 dan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my.

Selain itu, Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020 juga masih dibuka untuk permohonan baharu.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2

Untuk fasa 2, pembayaran dijangka dibuat penghujung Januari selepas selesai pembayaran pengeluaran i-Sinar KWSP pada pertengahan bulan ini.

Kami masih menunggu pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran BPN fasa 2.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan BPN, sila hubungi Hotline Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDNM di talian berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia
  • 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566

LHDNM
  • 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Sila rujuk soalan lazim (FAQ) Permohonan Baharu BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0 atau isi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

0 comment... add one now