Permohonan Jawatan Kosong 2021 di Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI) sebagaimana berikut:-


jawatan mafi 2021

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Kementerian Pertanian & Industri Makanan (MAFI)
  • Penempatan : Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 29 Januari 2021 (Jumaat)

JAWATAN : 
1. Pembantu Awam Gred H11
2. Pembantu Penerangan Gred S19
3. Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
4. Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal)
5. Pemandu Kenderaan Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Semua Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan dan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kiri sampul serta dikemukakan secara pos atau serahan tangan kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Pengarah
Taman Botani Negara Shah Alam
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 

0 comment... add one now