Kemaskini & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Tahukah anda Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) dalam Pembentangan Bajet Belanjawan 2021. Bantuan yang diberikan kali ini adalah lebih bersasar kepada golongan yang benar-benar layak dan bertujuan untuk membantu kehidupan para rakyat yang terjejas.

bpr 2021

Pemohon boleh membuat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

Jumlah Bantuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Isi Rumah B40 (Gaji bawah RM2,500)
  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi Rumah B40 (Gaji RM2,501 hingga RM4,000)
  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

Isi Rumah M40 (Gaji RM4,001 hingga RM5,000)
  • 1 orang anak RM500
  • 2 orang anak atau lebih RM750

Bantuan Prihatin Rakyat BPR Bujang

Bagi anda yang berumur 21 tahun ke atas dan anda mempunyai gaji di bawah RM2,500 setiap bulan, jumlah bayaran yang anda akan terima bagi Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM350

Permohonan & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 di bpr.hasil.gov.my

Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus.

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/

Sekiranya anda penerima BSH 2020 dan BPN 2.0, anda hanya perlu kemaskini permohonan.

Hanya pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah perlu membuat permohonan baru.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari portal rasmi bpr.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Soalan Lazim

Bilakah permohonan BPR akan dibuka?
Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat?
Bergantung kepada kategori. Maksimum sehingga RM1,800.

Sebagai penerima BSH adakah saya layak?
Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?
Belum diumumkan lagi. Sedang dikemaskini.

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 8 February 2021 at 16:35
Bila tarikh pengeluaran pembayaran KWSP untuk bulan kedua dan berapa jumlahnya?