Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga April 2021

TERDAHULU Kerajaan bersama syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan data sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan bagi tujuan produktiviti dan pembelajaran.

Sebelum ini, penawaran internet percuma itu diumumkan akan dilanjutkan sehingga Mac 2021 ini.

internet percuma setiap hari

Namun, hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian 1GB percuma itu akan dilanjutkan sehingga penghujung April 2021.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi dalam ucapan beliau sempena pengumuman Pakej Bantuan Khas yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM, BERNAMA TV, TV3 dan Astro Awani.

Dengan langkah ini, ia memberikan tambahan sebulan berbanding perancangan awal, sekali gus mengurangkan beban data yang ditanggung oleh pelajar khususnya ketika melalui pembelajaran secara atas-talian di rumah.

Seperti biasa, untuk mendapaktan data 1GB ini, ia tertakluk kepada syarikat telekomunikasi masing-masing.

Ada yang memerlukan untuk tebusan secara manual dan ada yang melakukannya secara automatik.

Korang boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tarikh mula.

Pengendali telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui unifi mobile sebelum ini juga telah memanjangkan akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma sehingga 24 jam.

Lihat Juga : Cara Tebus Internet Percuma Setiap Hari

Terdahulu, akses ke internet 1GB percuma bermula dari jam 8 pagi dan 6 petang sahaja.

Internet 1GB percuma yang disediakan setiap hari melebihi peruntukan data bulanan pelanggan dari rancangan mereka yang sedia ada, bermaksud pelanggan dapat menebus sehingga 30GB data sebulan secara percuma.

Inisiatif bersama internet percuma 1GB setiap hari adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Sebagai tambahan kepada internet percuma 1GB setiap hari, pengendali akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai Covid-19.

Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace, di samping sumber dan hotline kesihatan penting seperti Hotline CPRC, selain laman web Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

0 comment... add one now