Cara Download Buku Teks Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Melalui eTextbookKPM

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi Perbadanan Kota Buku (PKB) membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB iaitu format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman web https://textbook.moe.gov.my/ atau dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.



Melalui Laman Web DELIMa KPM


DELIMa adalah laman web rasmi yang dioperasikan oleh KPM.

Ibu ayah boleh mendapatkan Buku Teks Digital Asas (BTDA) melalui laman web ini.

Apakah DELIMa?

DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE.

DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga murid untuk belajar secara dalam talian.

Sepertimana MOE Digital Learning (Google Classroom), DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak asas bagi platform ini. Oleh itu, guru dan murid boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan sebelum ini.

Contoh : m-12345678@moe-dl.edu.my


Langkahnya adalah seperti berikut:
  1. Pergi ke laman web www.moe-dl.edu.my
  2. Sila login menggunakan akaun Google yang dibekalkan oleh sekolah. (Contoh: m-12345678@moe-dl.edu.my)
  3. Klik pada Ikon MURID
  4. Klik Buku Teks Digital
  5. Pilih Subjek Buku Teks yang kita nak.
  6. Boleh preview atau download sebagai fail PDF.

Lihat panduan bergambar di bawah:


Tekan pada ikon BUKU TEKS DIGITAL.



Double click pada pilihan buku teks yang kita nak di dalam senarai.

Mobile Apps Buku Teks Digital

Kami juga ada jumpa 2 aplikasi mobile (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang menarik dan sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), serta amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:
  • MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah
  • UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah

Boleh download di Google Playstore secara percuma.

buku teks sekolah

0 comment... add one now