Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021

Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 (Tarikh)

jadual pembayaran i-lestari kwsp

Berikut dikongsikan maklumat meliputi Jadual bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 termasuk tarikh bayaran dan semakan status:

Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada 4 Mei 2020.
  2. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
  3. Tarikh pembayaran kesembilan (bulan Januari 2021) i-Lestari KWSP dijangka pada 4 Januari 2021 yang dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat.

Konsep Am Pembayaran i-Lestari KWSP

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.


Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Semakan Status i-Lestari KWSP Online

  1. Layari Portal Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan di https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php.
  2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik pada "Saya bukan robot" dan klik pada butang "SEMAK".

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi i-Lestari di https://ilestari.kwsp.gov.my/ atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Semoga perkongsian Jadual Bayaran i-Lestari KWSP Bulan Januari 2021 ini dijadikan panduan buat anda semua!

Teruskan Membaca

{ 20 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 5 January 2021 at 14:15
I am looking for job. .
Wit PMR Standard .
And I have a License ..B2,D GDL
Unknown Unknown 8 January 2021 at 22:05
Seblm 2hr check 11hb.Harini pula 14hb pelik pula
Unknown Unknown 10 January 2021 at 15:24
I looking for make money and survival my life
PENUNGGU KWSP PENUNGGU KWSP 12 January 2021 at 21:25
Rupanya ramai jgak tak masuk lagi eh.. Huhuhu.. Jenuh tnggu tk sperti di harapkn
Unknown Unknown 13 January 2021 at 06:12
Knp x masuk lg..slalu 10aribulsn dh masuk😅🤨
carollpape carollpape 14 January 2021 at 09:41
sy pun belom masok..dh 14hb slalu nya sblm 13hb dh masuk..i-sinar dh masuk tak kan i-lestari x masuk lagi
Unknown Unknown 14 January 2021 at 11:52
Sy pon xmsuk lg ni... I sinar dh dpt... I lestari plk xdpt lg... Lmbt plk kali ni... Tgok jadual arini masuk... Tp xde pon...
Unknown Unknown 15 January 2021 at 04:54
Sy pon..sebelum ni 12hb.dh dot.. I Lestari.. Tapi ni dh 15hb pon.
X masuk lagi wet.. Pedih
Unknown Unknown 15 January 2021 at 16:38
Mana duit i lestari ni.sampai sekarang belum masuk.
Unknown Unknown 15 January 2021 at 18:39
Smpi nie xmsk2 lgi i lestari ak...
Unknown Unknown 18 January 2021 at 13:59
Aku buat masa hujung 2020 disember, dapat 28 jadi 28 januari ni lah jawabnya baru duit masuk ;-(
Unknown Unknown 22 January 2021 at 15:33
Saya pun belum dapat lagi yang akaun 1ilestari
guru guru 1 February 2021 at 09:58
serious la saya tidak dapat langsung pada bulan jan 2021...
Unknown Unknown 11 February 2021 at 07:58
Same la,bulan ni i lestari x masuk2 lgi.hampeh
Unknown Unknown 7 April 2021 at 06:01
Bulan april batch 1 x masuk2 ag pun
Unknown Unknown 16 April 2021 at 13:07
saya biasanya 15hb dah masuk i lestari.tpi skrg ni 16 april tak msuk lagi pon.kata last bayar bulan april.