Permohonan Rayuan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS Tercicir

Kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang tercicir. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 40,000 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan.


Tarikh Bayaran Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

Bayaran rayuan BKSS akan dibuat kepada Individu Bujang secara one-off RM500 pada Disember 2020 dan sebahagian pembayaran Isi Rumah B40 RM1500 dibuat pada tahun ini dan selebihnya pada tahun hadapan.

Kriteria-kriteria kelayakan rayuan BKSS adalah seperti berikut:

  1. Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
  2. Bujang (berumur 21 tahun keatas / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan

Permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang boleh dimuat turun dari pautan yang telah disediakan dibawah dan hantar ke Pejabat Daerah yang berdekatan.



Permohonan rayuan juga boleh dibuat SECARA ATAS TALIAN di sini

Cara Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)

  • Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
  • Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 082-555 999 atau e-mel  555999@sarawak.gov.my

0 comment... add one now