Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri dan Suri Rumah Insentif RM250 Setahun

CARA MUDAH DAFTAR I-SARAAN KWSP BAGI YANG BEKERJA SENDIRI DAN SURI RUMAH

Cara Daftar i-Saraan KWSP Untuk Bekerja Sendiri dan Suri Rumah, Insentif RM250 Setahun. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan satu insentif baharu iaitu i-Saraan khususnya kepada golongan yang bekerja sendiri termasuk surirumah yang ingin membuat caruman KWSP. Menurut Pelan Pemulihan Ekonomi, pemberian geran padanan sebanyak RM50 juta untuk pekerja dalam sektor ekonomi gig untuk membuat simpanan KWSP mereka melalui program i-Saraan. Mereka boleh membuat pendaftaran i-Saraan KWSP dengan memuat turun borang permohonan di laman web KWSP atau hadir sendiri ke kaunter KWSP.


cara daftar i-saraan kwsp


i-Saraan atau sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah merupakan program caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri atau suri rumah. Pencarum juga berpeluang menerima insentif khas kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setiap tahun kepada ahli di bawah umur 55 tahun yang mencarum dalam program i-Saraan.

CARA DAFTAR I-SARAAN KWSP INSENTIF RM250 SETAHUN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Saraan KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah insentif dan cara pendaftaran :

SYARAT KELAYAKAN I-SARAAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  3. Ahli KWSP
  4. Berumur 55 tahun ke bawah
  5. Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP 16G (M)

SENARAI GOLONGAN BEKERJA SENDIRI

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Pengasuh Bayi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, pelakon, penyanyi, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan dalam talian
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik praktis sendiri (cth: peguam, akauntan, doktor)
  • Suri rumah
  • Pekerja Berpencen

FAEDAH INSENTIF I-SARAAN

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
  2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022
  5. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

CARA MENDAFTAR I-SARAAN KWSP

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda sediakan untuk mendaftar:
  1. MyKad
  2. Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  3. Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  4. Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan
  5. Internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  6. Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  7. Maksimum (RM sahaja) RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Artikel Berkaitan : Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP

CARA BAYARAN CARUMAN I-SARAAN

  • Perbankan internet
  • Kaunter ejen bank (BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank)
  • Kaunter KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 – 8922 6000 atau layari Portal Rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my.

1 comment... add one now