Permohonan Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia - Kelayakan PMR/SPM/SPMV/STPM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Amanah Ikhtiar Malaysia sebagaimaana berikut:-

 

jawatan kosong amanah ikhtiar malaysia

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Amanah Ikhtiar Malaysia
  • Penempatan : Kuala Lumpur
  • Kelayakan : PMR/SPM/SPMV/STPM
  • Tarikh Tutup Permohonan : 26 Oktober 2020 (Isnin)

JAWATAN : 
1. Penolong Pegawai Kerja Tadbir (Percubaan)
2. Pelatih Pegawai Amanah
3. Pemandu dan Pembantu Pejabat

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan ke alamat di bawah bersama-sama dengan :
  • Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon)
  • Salinan STPM, SPM atau PMR
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Sijil Tamat Persekolahan
  • Salinan Lesen Memandu
  • Sekeping Gambar Berukuran Pasport (Tidak Dikembalikan).

Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 26 Oktober 2020. Sila tuliskan nama
jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

PENGURUS KANAN SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar
No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A
Bandar Sri Damansara PJU9
52200 Kuala Lumpur
Tel: 03-6274 8810 Faks: 03-6274 8863

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

0 comment... add one now