Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020

PERMOHONAN ONLINE RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020

Kerajaan telah melaksanakan pembayaran BSH fasa 3 pada 24 Julai. Tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti. Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda.

rayuan bsh 2020

Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH. Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020

CARA MEMBUAT RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Untuk makluman anda, permohonan rayuan boleh dibuat dengan salah satu kaedah berikut :-
  1. Permohonan Rayuan BHS boleh dibuat disemua cawangan LHDN/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos 2020
  2. Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi permohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja bermula 7 Ogos 2020

Permohonan Rayuan BSH di Cawangan LHDN

Bagi Permohon yang ingin membuat permohonan rayuan secara manual, anda perlu hadir ke cawangan LHDN berdekatan bersama dokumen sokongan berikut :-
  • Salinan MyKad
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Permohonan Rayuan BSH Secara Online

  1. Layari Portal Rasmi BHS https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Klik pada Rayuan (bermula 7 Ogos 2020)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad dan klik Carian
  4. Ikuti langkah berikutnya sehingga  permohonan rayuan BSH selesai.

KOD TIDAK LULUS BSH

Berikut adalah beberapa Kod Tidak Lulus BSH yang membolehkan pemohon membuat permohonan secara atas talian.
  • Kod 05 - Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM4,000
  • Kod 06 - Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan
  • Kod 08 - Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti berhad
  • Kod 09 - Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti berhad
  • Kod 38 - Berdasarkan rekod agensi didapati pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di luar negara

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Permohonan Rayuan BSH 2020, anda boleh hubungi talian BSH LHDNM di 1-800-88-2716. Waktu Operasi talian adalah bermula 9 pagi sehingga 5 petang.

0 comment... add one now