Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagaimana berikut:-

lembaga getah malaysia jobsmalaysia

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Penempatan : Pelbagai Negeri
  • Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2020 (Rabu)

JAWATAN : 
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
4. Pegawai Penyelidik Gred Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
6. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
7. Penjaga Jentera Elektrik Gred J26
8. Penjaga Jentera Elektrik Gred J22
9. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F48
10. Jurutera Gred J44/J48
11. Pembantu Penyelidik Gred Q19
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
13. Pembantu Operasi Gred N11
14. Pemandu Kenderaan Gred H11
15. Pembantu Awam Gred H11
16. Pengawal Keselamatan Gred KP11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)


Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
Lihat Juga : Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh PKP

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

0 comment... add one now