Permohonan Online Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) ini dibuka permohonan bagi semua pelajar anak Sarawak dan keutamaan diberi kepada kumpulan B40. Jadi sedikit sebanyak, pinjaman ini dapat meringankan beban kewangan ketika di alam universiti ini.

BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK BPKNS

BPKNS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk menampung sebahagian daripada kos pendidikan pelajar termasuk :

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Buku, Pakaian dan lain-lain

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)

Calon yang berminat, anda boleh mohon bermula 22 Jun 2020 hingga 05 Julai 2020 secara online melalui pautan escholarship sarawak escholarship.sarawak.gov.my

Anda wajib mendaftar SARAWAK ID dan rujukan panduan permohonan boleh dapatkan di laman web SPANS atau e-scholarship.

SYARAT PERMOHONAN

Anda perlu memenuhi syarat yang ditetapkan bagi membuat permohonan Biasiswa Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) seperti dibawah:
  1. Anak jati Sarawak
  2. Telah mendapat tawaran mengikuti pengajian di peringkat DIPLOMA daripada Universiti Awam atau Politeknik
  3. Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali PENDIDIKAN dan PERUBATAN

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Bagi kemasukan pertama, pemohon wajib mengisi keputusan peperiksaan terkini (SPM)
  • Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, keputusan semester terkini wajib untuk diisi
  • Maklumat pendapatan yang diisi dalam jumlah PENDAPATAN KASAR
  • Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan DITOLAK
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh iklan ditutup, permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

CARTA ALIR PERMOHONAN BKNS

Berikut adalah carta alir atau proses pengisian permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi permohonan baru.


MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang persoalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi nombor seperti dibawah:

Catherina Jackson Blanda (014-68666089) / catherjb@sarawak.gov.my
Ali Bin Mohamad (013-5712425) / alimd1@sarawak.gov.my
Corina Bernard (014-590167) / corina.bernard@sarawak.gov.my
Maltina Malthar Robert (014-5880600) / maltinam@sarawak.gov.my

0 comment... add one now