Cara Mudah Tebus Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 31 Disember 2020

Cara Tebus Internet Percuma Sehingga 31 Disember 2020


Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi menyediakan internet dengan kapasiti satu gigabait secara percuma kepada pengguna.

Inisiatif yang akan diberikan sehingga 31 Disember 2020 seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Berikut dikongsikan cara-cara tebus internet percuma untuk pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, dan TM Unifi.

CLAIM FREE INTERNET

Untuk makluman, pemberian Internet percuma ini telah dimulakan sejak PKP dan kini disambung sehingga penghujung tahun bagi memudahkan urusan pembelajaran secara online.

Data 1GB percuma ini boleh digunakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang setiap hari.

DIGI


Pelanggan Digi perlu tebus data 1GB percuma melalui aplikasi MyDigi sekali sahaja untuk mengaktifkan pemberian data percuma ini.

Pelanggan pascabayar boleh menebus melalui apps MyDigi > Rewards.

U MOBILE


Para pelanggan U Mobile akan menerima data percuma ini secara automatik.

Namun hanya untuk pengguna plan pascabayar, prabayar dan broadband sahaja.

Pelanggan WeChat Go tidak layak menerima data percuma ini.

CELCOM


Untuk pengguna Celcom, Xpax, dan Yoodo anda akan menerima data 1GB percuma setiap hari secara automatik tanpa perlu SMS / download apps.

MAXIS


Pelanggan Maxis dan Hotlink perlu menebus data percuma melalui aplikasi rasmi mereka.

Anda juga boleh menebus 1GB percuma dengan menelefon *100# (Maxis) dan *868# (Hotlink).

Untuk menebus internet percuma melalui apps, caranya:

Maxis Postpaid

  • Aplikasi MyMaxis > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Maxis Biz Postpaid
  • Aplikasi MyMaxis Biz > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Flex Postpaid
  • Aplikasi Hotlink Flex > Klik pada Get More Data > Pilih “Free 1GB Pass” di bawah Time Based Pass

Hotlink Prepaid
  • Aplikasi Hotlink RED > klik pada banner di muka utama dan pilih “Free 1GB Pass” atau aktifkan pass di bawah tab ‘Shop’


TUNETALK

Sama seperti Digi, pelanggan TuneTalk perlu menghantar SMS “STAYHOME” ke 2222 sekali sahaja untuk mengaktifkan pelan data percuma ini.

YOODO

Selain data percuma secara automatik, Yoodo turut memberikan lebih data kepada para pelanggannya pada 20 & 27 April lalu.

Data yang diberikan tiada had masa dan boleh dibawa ke depan sehingga kitaran pelan seterusnya.

UNIFI MOBILE

Para pelanggan Unifi akan menerima pemberian data ini secara automatik.

Kesimpulannya, berikut cara claim internet percuma anda:

Celcom – Automatik
Digi – Tebus data ini melalui aplikasi MyDigi
Maxis – Tebus melalui aplikasi sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED app, atau UMB dan pilih 1GB Daily pass option
UMobil e- Prepaid – Dail *118*6# kemudian pilih Special OfferPostpaid – Dail *118*7# kemudian pilih Special Offer (Tawaran Istimewa)
TuneTalk – SMS STAYHOME ke 2222
ONEXOX – Tebus atau redeem melalui aplikasi ONEXOX Black atau tekan USSD *150#.
Kami akan kemaskini maklumat internet percuma ini dari semasa ke semasa.

0 comment... add one now