Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020

Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB. Buat masa sekarang permohonan baharu tidak dibuka.

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia. Kini, SPNB diletakkan di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula tahun 2018.

OBJEKTIF

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi emmpunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KAEDAH PELAKSANAAN

kaedah permohonan rumah mesra rakyat

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA:
  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

REKABENTUK





CARA MEMOHON

  1. Layari Laman Web http://rmr.spnbonline.com.my dan KLIK PENDAFTARAN BARU
  2. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log Masuk ke Laman Utama dan Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Isi maklumat ke dalam sistem dengan lengkap
  6. Setelah selesai, Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. Majukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:
  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)


Teruskan Membaca

{ 14 comments.. read them below or add one }

nak telan tersekat nak telan tersekat 4 May 2020 at 14:55
Syarat dy kena ada tanah lah kan.. sediakan bekalan air dgn elektrik. Cemna pulak nk buat ni.
Unknown Unknown 5 May 2020 at 05:23
Mcm sya, ibu tunggal brumo 44 thn mcmana plk. Mmg xd rumah sdri hnya mnumpang di rumah kluarga. Sya mmg mmrlukan rumah sndiri utk keselesaan sya dn ank2...
AnonymousAnonymous 5 May 2020 at 11:02
Suami bkerja sbgai buruh kasar and xde slip gji..kna buat surat dimppk kg ke cm ne..
Tycoon Tech Tycoon Tech 11 May 2020 at 19:14
1. Syarat bayaran pendahuluan 3 bulan bayaran tu dibuat SEBELUM kelulusan/perjanjian atau SELEPAS mendapat kelulusan/perjanjian???

2. Kenapa saiz rumah jauh berbeza??

3. Berapakah sepatutnya bayaran bulanan & berapa lama tempoh bayaran dibuat?
aVoCaDo aVoCaDo 13 May 2020 at 18:52
Mohon melalui online... Tapi puas dah carik nk klik mana untuk daftar.. Bijak dia bagi pengunjung website ni pishang lelama sesat dalam website.......strategy bijak.
itaanaita itaanaita 7 June 2020 at 12:35
sy nak taye masih lagi ke buke permohonan baru UTK rumah RMR pahang
azt azt 23 June 2020 at 10:58
Macam saya ni, mak saya beli rumah guna nama saya. & sekarang saya day berkahwin dan duduk rumah sewa . saya ingin mencari rumah sendri utk saya dan anak isteri tinggal. adakah saya layak utk memohon.
Unknown Unknown 1 July 2020 at 09:45
mcmn nak memohon...suami kja swasta...kmi tngl mnyewa..ank ada 5org...nak sngat mmhon tp tdak thu mcmn..
Unknown Unknown 1 July 2020 at 09:46
saya dari lawas,sarawak
Unknown Unknown 12 July 2020 at 22:24
Saya seorg ibu tunggal.mcammana sya nk memohon
Lov ina Lov ina 2 November 2020 at 15:30
Sy single mom, sy nak memohon untuk membina rumah di tapak tanah, untuk perkampungan mcm mana cara nak memohon
Lov ina Lov ina 2 November 2020 at 15:30
Sy single mom, sy nak memohon untuk membina rumah di tapak tanah, untuk perkampungan mcm mana cara nak memohon