Permohonan & Semakan Status Kelayakan i-SURI KWSP

Seperti yang kita sedia maklum, Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan kerajaan pada tahun 2018 yang lalu telah mendatangkan kebaikan kepada golongan suri rumah kerana ia memberi jaminan masa depan dimana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KWSP sama seperti individu lain yang bekerja.

I SURI KWSP

Dengan yang demikian,, pada masa sekarang suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri beserta dengan cara untuk membuat pendaftaran dan semak status kelayakan bantuan suri rumah.

BAGAIMANA PENDAFTARAN SKIM I-SURI?

Pendaftaran boleh dilakukan kepada golongan sasar yang memunuhi kriteria dan tersenarai di dalam program eKasih. Pendaftaran ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dilakukan di mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran di seluruh Malaysia.

Untuk melakukan pendaftaran, beberapa dokumen adalah diperlukan seperti dibawah:

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)


APAKAH FAEDAH I-SURI?

Dibawah merupakan senarai-senarai faedah bantuan i-Suri:
  • Mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

SYARAT KELAYAKAN

Berikut pula adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai umur 60 tahun
  3. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
  4. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  5. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSPSuri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG BOLEH MENCARUM?

Individu yang boleh mencarum adalah:
  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Suri rumah (isteri)

KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:
  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP?

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:
  • Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun
  • Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

1 comment... add one now