Permohonan Baru Geran Khas PRIHATIN RM3000 Kini Dibuka

Permohonan Geran Khas PRIHATIN RM3000 Untuk PKS Mulai 1 Mei 2020. Berita baik buat peniaga mikro PKS yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

GERAN KHAS PRIHATIN

Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 (hari ini) secara atas talian melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.

Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

JUMLAH

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

SEMAKAN STATUS

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

CARA BAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.
Teruskan Membaca

{ 58 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 3 May 2020 at 21:56
Semak geran bantuan pks rm3.000

Unknown Unknown 4 May 2020 at 19:13
Why i fill in my ic number,postcood,town and after can't go to appliacation
Unknown Unknown 6 May 2020 at 10:16
Tidak boleh Semak apabila fill out semua ??? Call pun tidak dapat !!!
Unknown Unknown 6 May 2020 at 13:57
Saya gkp borang tak boleh daftar kenapa?
Unknown Unknown 7 May 2020 at 11:13
Hi, permohonan kena buat oleh owner company sahaja kan? Kalau ada more than 1 company. How to apply for the 2nd company? Sbb IC dah wujud akaun for the 1st appliaction.
Unknown Unknown 9 May 2020 at 10:34
Suruh enter..dh enter x boleh masuk..camne nk key in no.ac....,💆💆💆
Jenny Jenny 10 May 2020 at 03:13
Bagaimana jika terlupa katalaluan?
Jenny Jenny 10 May 2020 at 03:13
Bagaimana jika terlupa katalaluan?
Unknown Unknown 10 May 2020 at 05:31
kenapa sya masukan no ic,yg keluar msukan poskod dan bandar,apabila masukan tk blh nk hantar,tlg bg pencerahan.
masta ad masta ad 10 May 2020 at 15:07
masuk poskod dan bandar tak leh enter..so macam mana nak proceed.
any idea tolong bg guide.
thanks
Unknown Unknown 10 May 2020 at 17:55
Masukkan poskod yg sama dlm ic dan nama bandar yg sama seperti dlm ic juga. Bila suda, auto masuk isi borang tu.
Unknown Unknown 10 May 2020 at 20:04
Kenapa i x boleh daftar lepas masuk no ic ,no poskod dan bandar?
Unknown Unknown 11 May 2020 at 03:52
Harap2 LHDN luluskan la.. Sbb mohon BPN tak layak..LHDN suruh mohon GKP ni.. Sgt2 memerlukan, tiada income sesen pun mungkin akan sampai 4 bulan terkesan.. Mudah2an LHDN prihatin nasib kami
Unknown Unknown 11 May 2020 at 08:19
Terlupa kata laluan. Ikut step yg dibagi tapi tak boleh masuk juga. Kenapa dan bagaimana cara
Unknown Unknown 11 May 2020 at 12:54
Lepas isi poskod dgn bandar tk boleh pergi ke permohonan seterusnya. Knp ye? Ada sesiapa boleh bantu?
Unknown Unknown 11 May 2020 at 15:37
lepas enter mykad poskod dan bandar tak boleh pergi ke permohonan seterusnya
please ASSIST ON THIS
Unknown Unknown 11 May 2020 at 23:13
Bagaimana nak tahu pendaftaran yang telah di buat itu telah di terima...?
Unknown Unknown 14 May 2020 at 07:02
Tak boleh isi borang pun tekan mykad poskod bandar tak boleh pun
Unknown Unknown 1 June 2020 at 08:15
Ramai lagi belum dapat daftar, harap kerajaan boleh buka untuk mereka yang belum daftar. kami perlu bantuan untuk hidup. thanks.
Unknown Unknown 1 June 2020 at 12:00
Nak semak geran khas perihatin rm3000
Mohd sufi bin azizan Mohd sufi bin azizan 2 June 2020 at 13:16
Saya mohon dh terima.x pasti lulus ka x?
Unknown Unknown 3 June 2020 at 00:32
Yupp... Sy semak tadi jwppnya PERMONAN DITERIMA* rasa mcm tergantung pulak status jwappan tu... 🤔
Unknown Unknown 3 June 2020 at 11:01
Ayah saya belum dafter, belohkah dafter lagi?
Unknown Unknown 3 June 2020 at 11:39
Dah isi semua haritu..bila nak semak hari ni..dia cakap no id belum didaftarkan😭
Unknown Unknown 3 June 2020 at 11:40
Dh mohon, Dan dh diterima, tapi macam mana nak semak.
Unknown Unknown 3 June 2020 at 14:11
Bila pula akan dibuka gkp nie
Unknown Unknown 3 June 2020 at 18:00
kalau boleh buka la semula bantuan gkp.saya belum daftar lagi..bpn pun x dpt..😣
sitie sitie 3 June 2020 at 18:11
terlepas pandang, nk isi tgk tarikh dh lepas...harap kerajaan buka semula utk permohonan baru...🙁
Unknown Unknown 4 June 2020 at 07:20
Mohon kerajaan buka balik permohonan.sebab ramai yang terlepas pandang.
Unknown Unknown 4 June 2020 at 13:44
assalam..... nak tanya ada juga pengusaha kecil dan sederhana yang terlepas pandang mengenai bantuan ini..... ada yang tidak dapat untuk memohon..... adakah ada tarikh baru untuk membuat rayuan bagi bantuan ini.....kami orang amat memerlukan bantuan ini
Unknown Unknown 4 June 2020 at 23:01
Sama la daftar sblum tarikh tutp lg masuk ic mintak poskod dan bandar masuk btul pun dia return smula jddi tak boleh nak daftar masuk takdak rezeki
Unknown Unknown 4 June 2020 at 23:05
Sama la daftar sblum tarikh tutup lgi masuk ic minta poskod dan bandar bila masuk betul pun dia return semula takdak rezeki
Unknown Unknown 5 June 2020 at 01:54
mohon kerajaan buka balik pemohonan,sebab terlepas pandang , jadi belum daftar lagi, minta tolong .
Unknown Unknown 5 June 2020 at 10:03
Saya pun terlepas pandang, tak sempat daftar. Mohon dibuka semula permohonan
Unknown Unknown 5 June 2020 at 13:05
Saya belum daftar lg,trlepas pandang,mohon kerajaan buka balik permohonan..
Unknown Unknown 5 June 2020 at 20:34
Mcm x sampai sasaran je.. ramai juga yg x ambil maklum kan.. minta permohonan dibuka semula. Dan umum bg semua lebih maklum.
Unknown Unknown 8 June 2020 at 20:14
Minta kerajaan buka semula GKP..ramai yg tidak maklum megenai
GKP
Unknown Unknown 8 June 2020 at 20:23
Mohon kerajaan buka semula permohonan GKP tolong...
Terlepas pandang
RiniEe RiniEe 8 June 2020 at 20:50
Assalamualaikum... Saya pun terlepas pandang psl gkp ni... Harap diberi kesempatan lagi n kerajaan buka utk gkp2.0 plak utk kami yg tercicir... Terima kasih...
najihahdee@gmail.com najihahdee@gmail.com 9 June 2020 at 15:01
saya dah semak keputusan permohonan tapi status permohonan tak keluar lnsung ..yg keluar nama Dan ic je ..adaakah saya tersila isi? mohon ada yg balas ye
Unknown Unknown 11 June 2020 at 20:21
Bole buat permohon lgi ke
Unknown Unknown 11 June 2020 at 20:24
Saya pun baru tahu tentang bantuan ni harap yg trcicir bole buat permohon lagi...
Unknown Unknown 11 June 2020 at 20:31
Harap2 ada permohonan baru lagi yg trcicir😭😭😭
Unknown Unknown 12 June 2020 at 01:35
Assalamualaikum.. Mohon kerajaan buka balik permohonan gkp..
Unknown Unknown 13 June 2020 at 17:49
Assalammualaikum,Mohon sangat2 laa dgn kerajaan buka balik GKP...
Unknown Unknown 15 June 2020 at 14:38
Mohon kerajaan buka balik permohonan GKP sebab terlepas.TQ
Unknown Unknown 15 June 2020 at 15:18
Bila msuk byaran..lulus tp xde pn
Unknown Unknown 16 June 2020 at 17:45
Ada yang terlepas dri membuat permohonan harap blh lagi buat rayuan
Unknown Unknown 17 June 2020 at 07:51
ank sy dh lulus geran rm3k tu tpi cek kt account x,masuk lgi sbb masa,dafar masuk no account ssm knpe yer...
Unknown Unknown 25 June 2020 at 17:45
Harap kerajaan buka balik BANTUAN (GKP) ....
Unknown Unknown 4 July 2020 at 19:18
TerLambat baru tahu. Boleh mohon lagi x?
Unknown Unknown 3 October 2020 at 21:32
Isyarat perdagangan Carlos membantu saya memperoleh $ 20,000 dengan $ 2,000 setelah 7 hari berdagang dalam pilihan binari dengan bitcoin, anda sememangnya menjadi inspirasi kepada dunia Carlos hubungi dia hari ini Melalui whatsapp: (+12166263236) atau e-mel: carlose78910@gmail.com
Construction Lady Construction Lady 21 October 2020 at 15:48
i apply banyak2 kali tetapi tak pernah dapat..hmmm
zack zack 29 October 2020 at 18:25
Permohonan diterima... lama juga nak tunggu permohonan diluluskan
Unknown Unknown 30 November 2020 at 01:34
Sy cuba gkp...Tapi tak dpt pn.Knape