Program Subsidi Upah PERKESO Pakej Prihatin PKS

perkeso

Sebelum ini, Kerajaan hanya mempertuntukkan RM600 bagi setiap pekerja, namun hari ini subsidi upah dinaikkan kepada RM1,200 (bergantung kepada bilangan pekerja sesebuah syarikat).

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
  • Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Bagi yang tertanya-tanya apakah perbezaan ERP berbanding Wage Subsidy, berikut penjelasan dari PERKESO:

ERP adalah bantuan RM600 yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka bagi tempoh maksimum 6 bulan. Manakala Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka (terhad kepada 200 orang) bagi tempoh maksima 3 bulan.

Secara ringkasnya, ERP adalah untuk pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Manaka program subsidi upah adalah untuk majikan yang masih mahu mengekalkan pekerja mereka.

SYARAT KELAYAKAN

  • Program ini hanya untuk pekerja yang telah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
  • Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
  • Majikan hendaklah memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gajisedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
  • Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dan ianya terhad kepada100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.


CARA MEMOHON

Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melalui laman web PERKESO.

Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan.


PEMBAYARAN PROGRAM SUBSIDI UPAH PERKESO

  • Program ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
  • Pembayaran perlu diuruskan oleh majikan sendiri dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran dari PERKESO.
  • Perlu diingatkan hanya majikan layak memohon bantuan ini melalui portal rasmi perkeso.gov.my
  • Pekerja hanya boleh memohon bantuan lain yang disediakan oleh Kerajaan seperti BPN atau pengeluaran i-Lestari RM500 sebulan.

Untuk info lanjut anda boleh download FAQ Wage Subsidy di sini.

0 comment... add one now