Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Sebanyak RM300 Tunai Tanpa Mengira Bangsa & Agama

Musaadah Khaira PPZ merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam membantu meringankan beban orang awam yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

bantuan khas ppz rm300 tunai

Bantuan khusus untuk warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan :

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
  • Menyahur seruan YB Senator Datuk Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  2. Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  3. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
  4. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka melalui atas talian dengan melayari laman web rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/ mulai 1 April 2020. Ikuti 6 langkah mudah seperti dibawah.









DOKUMEN SOKONGAN

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Bagi yang bekerja - Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  3. Bagi Peniaga / Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi menyemak status permohonan, anda boleh masukkan kad pengenalan diri di pautan yang telah disediakan dibawah.
Teruskan Membaca

6 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 20 April 2020 at 15:03
SAYA NAK MEMOHON BANTUAN NI,SAYA AMAT MEMERLUKAN PADA MASA INI..
Bob Bob 27 August 2020 at 13:51
Sy bekerja sbgai pembantu gerai dan tiada payslip atau apa surat pengesahan dari majikan tentang pendapatan sy apakah sy layak jika tiada dokumen terbabit?
Unknown Unknown 9 September 2020 at 21:05
Saya btul2 susah,kerja tiada suami d panjara anak2 sekolah mcm mn saya bolih buat pinjaman tuk modal berniaga
mutiara photography mutiara photography 6 October 2020 at 11:45
Hope ada jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah kehidupan semasa..