Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 - RM500

Bantuan Ihsan COVID-19 Johor adalah inisiatif khas bagi rakyat yang tidak terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM250 atau RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Paling penting pemberian ini turut melibatkan golongan M40 dan juga bukan warganegara Malaysia yang menetap di Johor

bantuan ihsan johor

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor adalah seperti berikut :

  1. Warganegara atau bukan warganegara
  2. Menetap di Negeri Johor
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Maklumat lengkap berserta SALINAN KAD PENGENALAN/PASPORT

KUMPULAN SASAR LAYAK MENERIMA BANTUAN IHSAN JOHOR

Terdapat empat kumpulan sasar yang diberikan iaitu :
  1. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
  2. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
  3. Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.
  4. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.

KADAR BANTUAN

RM250 Atau RM500 mengikut kriteria masing-masing.

CARA MOHON BANTUAN IHSAN JOHOR

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan sebagaimana di Lampiran A. Borang yang lengkap hendaklah di sokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat pusat saluran utama :
  • Pejabat Menteri Besar
  • Pejabat-pejabat Daerah
  • Pihak-pihak Berkuasa Tempatan
  • Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

2. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.

3. Bagi pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

4. Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.

5. Borang permohonan yang BERJAYA, pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT). Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

SEMAKAN PERMOHONAN

Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran

Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui kaedah di bawah:

Semakan status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor boleh dibuat menerusi pautan ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian Bilik Gerakan seperti berikut :

No. Tel : 07- 266 6766
Emel : ihsancovid19@johor.gov.my
Teruskan Membaca

{ 8 comments.. read them below or add one }

Johorallgoodnbad Johorallgoodnbad 1 May 2020 at 02:53
Macam mana ni...nk check lulus or tk lulus pun susah...mne saluran yg betul...bantuan covid 19 johor.nk minta sape tlg ni
Johorallgoodnbad Johorallgoodnbad 1 May 2020 at 02:59
Cara mudah checkstatus kat online bantuan covid 19 johor zon iskandar puteri...nk tau lulus ke tk..masuk duit kat tu bila???
Unknown Unknown 7 May 2020 at 12:24
Assallammualaikum...Saya Abdul Rahim Bin Abdul Rahman amat memerlukan bantuan yang ada ini.Saya golongan ASNAF dan telah banyak tempat dan bantuan telah saya cuba memohon tetapi tiada data saya,borang tak lengkap.Saya kurang memahami cara memohon bantuan ini.Saya amat perlukan Bantuan,saya hanya kerja kampung dan upah saya terima secara harian jika ada kerja.Saya ada 3 orang anak dan isteri saya suri rumah sepenuh masa.Saya mohon atas simpati agar Tuan dan Puan sudi hulurkan bantuan buat saya sekeluarga.01112552196,saya sertakan nombor talipon saya untuk Pihak Tuan dan Puan mudah hubungi saya jika saya layak terima bantuan ini.Sekian sahaja,terima kasih.Assallammualaikum.
cekzana cekzana 11 May 2020 at 02:06
Salam sy mohon bantuan dari golongan asnaf 0199293269
Unknown Unknown 11 May 2020 at 08:17
Saya nak Tanya selepas ayah meninggal harta peningalan sebuah rumah did behrang station tanjung malim Perak. Dan tanah 3ekar did sungkai trilak Perak.kami adik beradik 4,org.selepas ayh tiada adik yg nombor empat bawa emak tinggak bersamanya dah beberapa tahun aka adik saya nombor 5 yg hilang sekian lama dtg nak harta ayah bahagian dia adik ni4 ckp hattadah dilelong. Kami opun terprranjat dgr... So bagaimana kes INI he dak dibuat
BOLEHKAH PIHAK ANDA MENHUBUNGI KAMI UNTUK MENJELASKAN BAGAIMANAKAH CARA CARANYA UNTUK MEMINTA BANTUAN SEPERTI INI.. NO TEL KAMI DI TALIAN 0198094303 ABDUL RASHID BOLEHKAH PIHAK ANDA MENHUBUNGI KAMI UNTUK MENJELASKAN BAGAIMANAKAH CARA CARANYA UNTUK MEMINTA BANTUAN SEPERTI INI.. NO TEL KAMI DI TALIAN 0198094303 ABDUL RASHID 14 May 2020 at 21:01
BOLEHKAH PIHAK ANDA MENHUBUNGI KAMI UNTUK MENJELASKAN BAGAIMANAKAH CARA CARANYA UNTUK MEMINTA BANTUAN SEPERTI INI.. NO TEL KAMI DI TALIAN 0198094303 ABDUL RASHID
Unknown Unknown 21 May 2020 at 12:49
Bleh sy tau x mcm mne nak tau status sy lulus ke x bantuan ni