Diskaun Bil Elektrik Sehingga 50% Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus.

diskaun bill elektrik

Potongan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bermula bil April tahun ini.

Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Katanya, diskaun itu akan berkuat kuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil April 2020, manakala diskaun dua peratus yang dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

Sementara itu, TNB dalam kenyataannya menyebut, syarikat menghulurkan sumbangan tambahan berjumlah RM150 juta bagi menyokong usaha terbaharu kerajaan itu.

Rebat itu akan tertera pada bil elektrik mulai bulan Mei 2020.

Mengikut skim rebat berperingkat itu, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus; dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.

Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

1 comment... add one now

Unknown Unknown 30 May 2020 at 00:56
Tnb saya nak tanya kenapa bil saya terlalu Tinggi sejak pkp ni? Saya mahu discount..