Cara Mudah Nak Tahu Jumlah Bil Elektrik Kena Bayar - Tak Perlu Daftar

Bagi yang sering mengurus dan membuat bayaran elektrik samada di rumah sendiri mahupun rumah sewa, ketibaan bil elektrik ke rumah secara bulanan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Namun begitu, penghantaran bil elektrik ke pintu secara fizikal boleh mencetuskan beberapa kebarangkalian. Antaranya adalah bil tersebut boleh hilang kerana kebiasaannya ia dihantar sewaktu ketiadaan orang di rumah semasa hari bekerja. Sekiranya hal ini terjadi, pelanggan akan menghadapi kesukaran dalam melunaskan bayaran bil tersebut

cara semak bill tnb online

Melalui portal myTNB akan memudahkan anda untuk menyemak bil anda. Dengan kewujudan portal myTNB, para pelanggan dapat melakukan semakan bil elektrik secara atas talian atau online. Pengguna cuma perlu mengikuti langkah-langkah yang mudah untuk melakukan pendaftaran akaun sebelum dapat membuat semakan bil TNB secara online

SEMAKAN BIL TNB ONLINE MELALUI PORTAL myTNB

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan bil elektrik TNB secara online menggunakan portal myTNB. Sebelum itu, bagi yang belum mendaftar, ikuti langkah-langkah yang disediakan untuk membuat pendaftaran akaun di portal myTNB


Klik link : https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay/

Masukkan 12 digit No Akaun Bil TNB kemudia sahkan I'm not a robot dan klik Search

So ni Total Amount yang perlu dibayar. Anda juga boleh terus membuat pembayaran. Mudah kan? Tunggu apa lagi, share artikel ini sekarang!

1 comment... add one now

Norhayati bt Zakaria Norhayati bt Zakaria 6 May 2020 at 09:41
Bil yg lama sudah tidak disimpan lg bagaimana cara untuk sy mengetahui no akaun bil elektrik rumah sy?