Cara Semak Status Bantuan Prihatin Naisional (BPN) Bagi Pelajar Tingkatan 6, Diploma dan IPT

Berikut adalah antara soalan lazim tentang Bantuan Prihatin Nasional untuk pelajar menerusi kenyataan rasmi oleh Kementerian Kewangan yang dikemaskini 12 April 2020.

cara semak bantuan bpn bagi pelajar

Baca dengan teliti untuk menyemak syarat kelayakan, cara memohon BPN untuk pelajar, serta tindakan yang perlu dilakukan selanjutnya.

NILAI BANTUAN

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan one-off (sekali terima) sebanyak RM200 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan berikut:
  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
  • Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara Insitusi TVET
  • Matrikulasi
  • Pengajian Asas (Foundation)
  • Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • Kursus diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • SKM4 dan ke atas di institusi bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar (MARA)

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN

Setiap pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing di bawah pegawai Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar di institusi masing-masing.

CARA SALURAN BANTUAN

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar melalui akaun bank pelajar mulai hujung bulan April 2020.

Setiap pelajar perlu mempunyai akaun bank tempatan dan mengemaskini maklumat kepada Unit Hal Ehwal Pelajar masing-masing.

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 19 May 2020 at 09:36
Peruntukan untuk pelajar ilp skm 4 ke bawah dapat tak?