Senarai penerima bayaran bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
CARA PEMBAYARAN
- Bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk 6 bulan bermula dari April hingga September 2020;
- Lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan melalui dua fasa:
- Fasa Pertama : 15 hingga 30 April 2020;
- Fasa Kedua : 15 hingga 30 Ogos 2020
SYARAT & CARA MEMOHON
- Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN. Boleh semak di sini: Semak BSH
- Bagi yang tidak menerima BSH. Boleh bertanya kepada nombor ini: 082-440127 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri)
- Bagi mereka yang tiada akaun bank (seramai 23,000 penerima), bantuan akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan rumah anda. (Lihat senarai di sini: Senarai pejabat)
- Bayaran dibuat pada: Fasa pertama: 15 hingga 30 April 2020, Fasa kedua: 15 hingga 30 Ogos 2020