Cara Mudah Semak Wang Tak Dituntut (WTD) Secara Online Daripada Akaun Lama

Berikut adalah maklumat lengkap bagaimana untuk membuat semakan online Wang Tak Dituntut dan proses bayaran balik WTD.

semak wang tak di tuntut

Untuk makluman, permohonan bayaran balik WTD boleh dibuat secara percuma tanpa sebarang caj.

Kementerian Kewangan atau  Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Sekiranya anda terjumpa mana-mana individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut sila hubungi Jabatan Akauntan Negara untuk diambil tindakan segera.

CARA MEMBUAT SEMAKAN WTD ONLINE

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

1 comment... add one now