Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Julai 2020

bantuan sara hidup rakyat 2020

Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai 2020 nanti.

Namun tiada tarikh tepat diumumkan dan akan diupdate dari masa kesemasa.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH lepas akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.

Penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.

Anda hanya perlu membuat permohonan kemaskini BSH sekiranya ada perubahan maklumat berlaku.

Tarikh pembayaran BSH ini juga diawalkan bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang berlaku diseluruh dunia.

Permohonan Baru & Kemaskini

Untuk permohonan baru BSH, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan melalui pautan ini ~ Permohonan Baru BSH. Untuk kemaskini pula anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Akibat dari perintah PKP, Kaunter dan Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my

3 comments.. read them below or add one