Pengeluaran KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan

cara keluarkan duit kwsp akaun 2

Dalam sidang media sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia baru sahaja mengumumkan pencarum kini boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan maksimum.

Ini bertujuan meringankan beban akibat wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 RM500 SEBULAN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

Kredit : Semakan Online
Teruskan Membaca

6 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 23 March 2020 at 14:28
Assalamualaikum... Tuan kwsp
Saya ingin bertanya soalan untuk pengeluaran duit kwsp no. Akaun 2 untuk bantuan sara hidup rakyat simpanan kwsp no. Akaun 2 dikeluarkan umur 50 tahun ke bawah bagimana caranya?
Unknown Unknown 23 March 2020 at 14:33
Perdana menteri yang baru beritahu ucapan didalam siaran langung berita terkini. Pengeluaran kwsp 50 tahun ke bawah boleh keluar no. Akaun 2 untuk bantuan keperluan sara hidup rakyat 1 april 2020 rm 500 sebulan sampai 12 bulan keperluan?
Unknown Unknown 23 March 2020 at 15:30
Rm500 x 12 bulan mksdnya dalam acc kena ada anggran 6k baru boleh keluarkan rm500/m ke? Penjelasan
Unknown Unknown 24 March 2020 at 09:56
This is hard earn money by all of us. Why don't government provide helping aid from governments funds. All other countries leaders even having pay cut just help the needy but why not here.

Thanks
Siva
Rol mlk Rol mlk 25 March 2020 at 17:11
Mau tanya macam mana nak kemaskini akaun kwsp..coz sudah tukar no baru... untuk dapat kan tac, new paswd... tadi pg office office tutup tak ada cara lain ka untuk kemaskini itu akaun kwsp... mau kuar wang buat mkn... tk boleh keluar mcm mau mkn kan....
��BrokenSoul�� ��BrokenSoul�� 28 March 2020 at 14:06
Pada yang kena update tac sebab tukar no hp, boleh update di epf kiosk yang ada di bank. Bukan semua bank ada. Boleh google ye.