COVID-19 : Majikan Tolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh 18-31 Mac? Baca Ini Hak Anda Sebagai Pekerja

hak bekerja sepanjang tempoh covid 19

Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac? Info ini dikongsikan oleh laman Jobs Malaysia.

Jawapannya TIDAK BOLEH. Bagi pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan TIDAK BOLEH sama sekali menolak gaji pekerja di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18-31 Mac nanti.

Hal ini telah dicatatkan di dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji.

Jika majikan berbuat demikian, ianya kesalahan yang boleh didenda RM10,000.

Baca Juga : Gaji Pekerja WAJIB Dibayar Walaupun Premis Ditutup Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – Peguam Sumber Manusia

PENOLAKAN HANYA BOLEH DI BUAT JIKA:

1) Ada undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian atau,
2) Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan.

Setakat ini, tiada undang-undang atau polisi sedemikian.

Akta Kerja 1955 juga hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.

Jika pekerja bergaji melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian utk menolak gaji semasa krisis.

Ataupun majikan akan berunding dengan anda utk selamatkan perniagaan.

Namun, majikan tidak boleh paksa anda jika tiada dlm kontrak.

Sila rujuk maklumat di bawah untuk lebih penerangan mengenai isu Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Semasa COVID-19 ini. Semoga membantu anda.

0 comment... add one now